السلام عليكم ورحمة الله

Selamat Datang ke Blog Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Darulaman

Aluan Ketua Jabatan




ASSALAMUALAIKUM WMBT.                      
PRASYARAT KE ARAH KECEMERLANGAN

PERANCANGAN  PELAKSANAAN SERTA SIKAP MEMAINKAN PERANAN BESAR KE ARAH KEJAYAAN.


 



Tuan/Puan yang dihormati sekelian,

Selamat menyambut tahun baru .Tahniah di ucapkan kepada web master JPIM kerana dapat merealisasikan blog ini.  Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana dengan izinnya kita dapat bersua melalui blog JPIM ini. Tujuan utama blog ini adalah untuk komunikasi diantara pensyarah,pelajar dan masyarakat tentang kejayaan dimasa hadapan yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Semua orang mengimpikan kemajuan, peningkatan dan kecemerlangan serta kejayaan.samada kejayaan peribadi, organisasi, kelompok dan komuniti. Philip Van Hooser[1998] mendapati tiga unsur utama untuk kejayaan iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap.Kemahiran adalah sama pentingnya dengan pengetahuan tanpa pengetahuan bagaimana boleh mewujudkan kemahiran. Walaubagaimanapun sikap adalah kunci segalanya.Sekiranya ada pengetahuan dan kemahiran tetapi sikap lemah maka pengetahuan dan kemahiran tidak dapat diaplikasikan.Sikap adalah penting bagi seseorang itu mencapai matlamat dengan jayanya.Walaupun kita mempunyai sikap yang baik namun ada beberapa aspek yang perlu dilihat iaitu pendekatan atau konsep yang boleh diamalkan seperti PDCA iaitu plan,Do,Check  and Act . Ringkasnya setiap perkara perlu dirancang, kemudian kita laksanakan apa yang dirancang, Semak semula apa yang dirancang dan apa yang akan dilaksanakan dan akhirnya bertindak dengan baik InsyaAllah kita akan Berjaya.

Sebagai seorang yang professional prasyarat kejayaan ialah kesanggupan untuk mengubah paradigma  dengan mempamirkan  ciri-ciri kekuatan ilmu bertingkahlaku dengan keluhuran ethika kerja  serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam,berkomitmen yang tinggi serta berjiwa waja  dan bertindak dengan optimistik aitu melihat semuanya secara positif dan berkemungkinan besar ia akan mencapai  kejayaan samada dirinya dan organisasi yang diwakilinya dan sebagainya.
amin wassalam…  

 
Haji Mohd Zaki bin Hashim
Ketua Jabatan 
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Darulaman,
Jitra, Kedah.